Informasi Permainan Video Terkini
MBO Menawarkan Botol Air Captain Marvel Secara Eksklusif

MBO Menawarkan Botol Air Captain Marvel Secara Eksklusif

Diterbitkan pada Feb 27, 2019 oleh .

6 Mac 2019 adalah tarikh Captain Marvel ditayangkan di Malaysia. Banyak pawagam di Malaysia akan tayangkan filem ini pada tarikh ini. Tetapi tidak banyak pawagam yang menawarkan cenderamata eksklusif seperti MBO.

MBO Cinema menawarkan botol air bertemakan Captain Marvel. Botol air eksklusif ini hanya boleh didapatkan di MBO melalui pembelian set bertih jagung dengan minuman. Set individu adalah RM32 dan set berpasangan adalah RM63. Tetapi, MBO turut menawarkan penjimatan RM2 jika set botol ini dibeli bersama-sama dengan tiket.

Daripada gambar yang dikongsikan, botol air ini dilihat diperbuat daripada getah dan plastik. Ia turut hadir degan lanyard yang cantik. Dapatkan set ini sementara stok masih ada.


TIPS & ULASAN