Lanjutan daripada pengumumkan watak ke-30 buat permainan Overwatch iaiatu Baptiste, hari ini Blizzard berkongsi satu video khas yang memperlihatkan bentuk kemahiran watak tersebut.
Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, Baptiste merupakan watak yang memfokuskan bentuk sokongan namun dalam bentuk pertempuran. Melaluinya beliau mempunyai senjata utama Biotic Launcher yang mampu menembak dengan pantas sebanyak 3 peluru secara pecah. Serangan kedua pula adalah tembakan bom yang berupaya untuk menyembuh ahli pasukan lain.
Beliau juga berupaya untuk menyembuh pemain lain dengan menggunakan kemahiran Regenerative Burst. Selain itu, Baptiste juga berupaya untuk menghasilkan satu perisai khas Immortality Field yang berupaya untuk memberi perisai khas buat mereka yang berada di dalam kawasan tersebut. Namun, ianya masih lagi terhad untuk melindungkan nilai nyawa yang rendah sahaja. Bagi kemahiran pasif, Baptiste berupaya untuk melompat dengan tinggi.
Akhir sekali untuk serangan kemahiran terakhir, Amplification Matrix adalah satu kemahiran yang membenarkan Baptiste untuk menghasilkan satu kawasan khas yang akan tingkatkan serangan pemain lain yang menembak ke arah kawasan tersebut. Ianya juga akan menyembuh pemain lain jika terdapat tembakan melaluinya.
Sememangnya watka Baptiste ini adalah satu watak yang sangat menarik buat mereka yang ingin memfokuskan penyembuhan dan pada masa yang sama sokongan serangan yang kuat.
Bagi anda yang berminat, Baptiste kini boleh digunakan melalui Overwatch PTR di PC. Bagi tarikh pelancaran rasmi di konsol, Blizzard masih belum berkongsikannya.