Informasi Permainan Video Terkini
Video Acah Detective Pikachu Baru Diterbitkan – Lebih Aksi, Lebih Hebat

Video Acah Detective Pikachu Baru Diterbitkan – Lebih Aksi, Lebih Hebat

Diterbitkan pada Feb 27, 2019 oleh .

Detective Pikachu adalah filem aksi-nyata baru mengisahkan Pikachu membantu Tim untuk mencari ayah beliau yang hilang. Pikachu dalam filem ini, suaranya dilakonkan oleh Ryan Reynolds yang terkenal sebagai Deadpool.

Hari ini, video acah baru telah diterbitkan. Dalam video acah kali ini, kita telah lihat filem ini akan mempunyai banyak aksi dan pengembaraan. Tidak lupa juga adegan lucu dari Pikachu sendiri yang cuba mempertahankan diri dengan membuat aksi comel. Selain daripada itu, lebih banyak spesis Pokemon telah diperlihatkan. Antaranya adalah; Ludicolo, Snorlax, Machamp, Cubone, Mewtwo dan banyak lagi.

Filem ini akan ditayangkan 10 Mei kelak dan jika anda adalah peminat Pokemon atau animasi Detective Pikachu, sama-sama kita saksikan filem aksi-nyata ini tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN