Nintendo Direct Pokemon Khas Bakal Berlangsung Malam Ini

Nintendo hari ini mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan siaran langsung khas Nintendo Direct yang akan memfokuskan permainan Pokemon pada hari ini, 27 Februari 2019.

Menurut Nintendo, siaran Nintendo Direct tersebut akan berdurasikan hanya 7 minit sahaja dan ianya akan ditayangkan pada jam 10 malam ini (Waktu Malaysia).

Buat masa ini, informasi berkenaannya tidak dikongsikan oleh Nintendo, namun kami percaya ianya adalah permainan utama Pokemon yang diura-urakan bakal tiba tahun ini.

Seperti biasa, kami akan mengemaskini setelah ianya diumumkan kelak. Bagi anda yang ingin menontonnya, anda boleh melayari laman rasmi Nintendo pada jam 10 malam ini.

Sohor Kini