Skip to main content

Pengarah permainan Uncharted 1 sehingga 3 Amy Hennig melalui temubual bersama dengan VentureBeat mengatakan permainan solo seperti Uncharted semakin sukar untuk mendapat tempat di dalam landskap permainan video sekarang.

Permainan yang boleh dihabiskan dalam masa 8 jam, tidak disertakan dengan mod-mod permainan lain, tidak lagi menjadi pilihan pemain sekarang. Walaupun begitu, menurut beliau ia tidak bermakna permainan solo akan berakhir.

Sebaliknya, beliau mengatakan permainan solo masih mempunyai pasaran tersendiri tetapi ia mesti lebih panjang serta mempunyai mekanik RPG seperti permainan God of War dan Red Dead Redemption 2. Namun, elemen-elemen menjadikan permainan berasingan dengan penceritaan.

Agak sukar untuk memfokuskan penceritaan apabila terdapat banyak elemen permainan yang disertakan dan ini, menurut beliau, akan menyebabkan ramai pemain tidak akan menghabiskan penceritaan.

Beliau mengatakan perkara tersebut sangat mengecewakan untuk penulis. Ia adalah bagaikan perasaan penulis novel yang pembaca hanya membaca separuh dan pembuat filem, penonton keluar dari wayang sebelum filem tersebut tamat.

Saya sangat bersetuju dengan pendapat beliau, walaupun Red Dead Redemption 2 satu permainan yang baik, menyertakan pelbagai bentuk permainan akan tetapi sampai sekarang saya tidak dapat menghabiskan penceritaan permainan tersebut.

Leave a Reply