EVO 2019 iaitu acara kejohanan e-sukan yang memfokuskan permainan perlawanan kini bakal kembali tahun ini. Acara tersebut bakal berlangsung pada Ogos 2019 ini di Las Vegas, Amerika Syarikat dan akan menyertakan 9 permainan perlawanan untuk dipertandingkan.
Kejohanan EVO 2019 akan berlangsung antara 2 hingga 4 Ogos 2019 dan 9 permainan yang dipertandingkan adalah:
- Under Night In-Birth Exe:Late[st] (PS4)
- Super Smash Bros. Ultimate (Switch)
- Dragon Ball FighterZ (PS4)
- BlazBlue Cross Tag battle (PS4)
- Tekken 7 (PS4)
- Street Fighter V Arcade Edition (PS4)
- Soul Calibur VI (PS4)
- Mortal Kombat 11 (PS4)
- Samurai Shodown (PS4)
Sememangnya dua daripada permainan tersebut masih belum dilancarkan iaitu Mortal Kombat 11 dan Samurai Shodown. Namun, ianya dirancang untuk dilancarkan sekitar tahun ini, ini sekaligus masih lagi memberi peluang untuk pemain untuk berlatih sebelum kejohanan tersebut pada Ogos kelak.
Buat masa ini, informasi berkenaan hadiah terkumpul dan jadual masih belum diumumkan. Kami akan mengemaskini apabila ianya diumumkan kelak.
Bagi anda yang berminat untuk mendaftar ataupun mengetahui informasi lanjut berkenaan kejohanan EVO 2019, anda boleh melayari laman rasminya dibawah.
[info] Layari : EVO 2019 [/info]