Informasi Permainan Video Terkini
To The Moon Diumumkan Untuk Switch – Bakal Tiba Suku Ketiga Tahun Ini

To The Moon Diumumkan Untuk Switch – Bakal Tiba Suku Ketiga Tahun Ini

Diterbitkan pada Feb 27, 2019 oleh .

To The Moon merupakan permainan pengembaraan yang dibangunkan oleh Freebird Games untuk PC dan juga sebagai permainan mudah alih. Walaupun mempunyai bentuk permainan yang ringkas, ia menyertai penceritaan yang sangat mendalam.

X.D Network hari ini mengumumkan yang mereka akan membawa permainan tersebut ke Switch. Menariknya, mereka juga akan membuat semula permainan tersebut menggunakan enjin Unity. Permainan tersebut sebelum ini dibangunkan menggunakan RPG Maker.

Bagi anda yang tidak pernah mencuba permainan ini, kami sangat mengesyorkannya untuk penceritaan yang disertakan. Permainan ini juga sebelum ini dilaporkan akan menerima filem anime tersendiri.


TIPS & ULASAN