Skip to main content

Jangka hayat Overkill: The Walking Dead tampaknya pendek apabila Skybound Entertainment yang merupakan pemilik IP The Walking Dead mengumumkan penamatan perjanjian dengan penerbit permainan tersebut.

Overkill: The Walking Dead sebelum ini diumumkan untuk Playstation 4, Xbox One dan PC akan tetapi pada 6 November tahun lepas, ia hanya dikeluarkan untuk PC manakala versi konsol tidak dikeluarkan sehingga sekarang. Starbreeze juga dilaporkan mengalami pelbagai masalah termasuk kes jenayah.

Selepas penamatan ini, permainan tersebut kini dibatalkan. Versi konsol akan tidak dikeluarkan manakala untuk PC, Steam masih mencari cara terbaik untuk tangani pemain yang sudah membeli permainan tersebut.

Menurut Skybound, mereka mengambil keputusan tersebut kerana permainan oleh Starbreeze tersebut tidak mencapai kualiti yang diinginkan oleh mereka.

Leave a Reply