Kerjasama antara pengeluar peranti dan satu permua bukanlah sesuatu yang baru. Permua Fornite dari Epic Games secara eksklusif hadir kepada Galaxy Note 9 terlebih dahulu, sebelum hadir ke platform Android yang lain. Kini, Honor turut dilihat bekerjasama dengan Epic Games untuk mempromosikan Honor View20.

Kerjasama Honor dan Epic Games ini menawarkan kostum Honor Guard secara percuma kepada semua pengguna Honor View20. Untuk layak tebus kostum ini, peranti ini haruslah dibeli terlebih dahulu dan hanya satu akaun, satu kostum dan satu peranti sahaja. Ini adalah kerana, untuk menebus kostum ini – nombor IMEI 1 dan 2 serta nombor siri Huawei View20 perlu diisi untuk dapatkan kod.
Kostum Honor Guard ini secara tidak langsung menjadi kostum termahal dalam Fortnite. Ini kerana, tidak ada cara lain untuk dapatkan kostum ini selain memiliki sebuah Honor View20 yang dijual di Malaysia pada harga RM1,999.
[download] Tebus Kostum Honor Guard Untuk Fortnite Di Sini [/download]