Informasi Permainan Video Terkini
Sony Interactive Entertainment Umum Kejohanan Call Of Duty Black Ops 4 2019 Asia Championship

Sony Interactive Entertainment Umum Kejohanan Call Of Duty Black Ops 4 2019 Asia Championship

Diterbitkan pada Feb 26, 2019 oleh .

Sony Interactive Entertainment hari ini mengumumkan bahawa mereka akan membawa kejohanan Call Of Duty Black Ops 4 2019 Asia Championship dengan kerjasama ESL Asia bermula Mac ini.

Menurut Sony, kejohanan tersebut akan berlangsung di CGA Esports Stadium di Hong Kong dan akan membawa 4 pasukan dari Asia untuk merebut wang hadiah terkumpul melebihi RM80,000.

Bagi anda yang berminat, pusingan kelayakkan pertama akan diadakan secara atas talian bermula 2 Mac ini di mana anda boleh melayari laman rasmi Major League Gaming untuk pendaftaran. Pusingan kelayakkan tersebut akan dibahagi kepada dua acara iaitu pada hari 2 Mac 2019 dan 3 Mac 2019. Selepas itu, pusingan seterusnya akan di adakan di Korea Selatan, di PS Arena pada 9 Mac 2019.

Manakala pusingan akhir kejohanan tersebut bakal berlangsung pada 23 Mac 2019 di Hong Kong dan pemain akan merebut wang hadiah melebihi RM80,000 dan juara kejohanan tersebut juga bakal menerima tiket ke Call Of Duty World League (CWL) Anaheim.

Bagi anda yang berminat, jangan lepaskan peluang anda untuk mendaftarkan kejohanan tersebut bermula hari ini.


TIPS & ULASAN