Informasi Permainan Video Terkini
Lawati Peta Kawasan Permainan Nintendo Melalui Laman Noclip Website

Lawati Peta Kawasan Permainan Nintendo Melalui Laman Noclip Website

Diterbitkan pada Feb 26, 2019 oleh .

Bagi anda yang pernah bermain permainan-permainan klasik Nintendo di Gamecube ataupun Nintendo Wii, anda pasti menyukai kepelbagaian jenis peta-peta kawasan yang terdapat di dalam permainan-permainan di konsol tersebut seperti permainan The Legend Of Zelda: Skyward Sword ataupun permainan Mario Kart.

Terkini, seorang peminat JasperRLZ telah menghasilkan satu laman khas dimana anda boleh melawati peta-peta kawasan permainan tersebut melalui laman Noclip Website.

Melaluinya, anda boleh mengujung dan bergerak secara bebas seakan bentuk ‘noclip’ di pelbagai jenis permainan seperti Mario Kart, Super Mario Galaxy dan The Legend Of Zelda. Terdapat juga beberapa peta kawasan untuk permainan lain seperti Dark Souls dan juga permainan The Legend Of Zelda terkini, iaitu Breath Of The Wild. Namun sebahagiannya masih lagi belum lengkap.

Hasil peta kawasan tersebut dihasilkan oleh perlombangan data oleh JasperRLZ dan ianya boleh diakses secara percuma buat semua pengunjung.

Sememangnya ini satu perkara yang sangat menarik terutamanya buat anda yang ingin kembali melawati peta-peta kawasan permainan tersebut. Saya sendiri juga asyik dengan melawati peta Skyloft daripada permainan The Legend Of Zelda: Skyward Sword yang mana ianya adalah salah satu permainan The Legend Of Zelda kesukaan saya di Nintendo Wii.


TIPS & ULASAN