CD Projekt Red Menyediakan Lagu OST Permainan Mereka Di Spotify

Permainan-permainan CD Projekt Red terutama untuk siri permainan The Witcher mempunyai muzik latar yang sangat menarik. Minggu ini, CD Projekt Red membolehkan pemain untuk menstrim muzik latar permainan mereka melalui Spotify.

Antara permainan yang disediakan adalah The Witcher 3: Wild Hunt termasuk juga DLC dan persembahan langsung. Selain itu terdapat juga GWENT dan Thronebreaker.

Bagi anda yang sedang mencari lagu-lagu untuk dipasang semasa bekerja, ini adalah pilihan yang baik.

Spotify: CD Projekt Red

Sohor Kini