The Outer Worlds merupakan permainan baharu yang akan dikeluarkan oleh Obsidian. Permainan ini diumumkan semasa The Game Awards 2018 dan akan dikeluarkan pada tahun ini.
Berdasarkan penyenarian permainan tersebut di Steam, mereka meletakkan 6 Ogos 2019 sebagai tarikh pengeluaran sebelum membuangnya dan hanya meletakkan 2019.
Samaada tarikh tersebut adalah benar ataupun tidak, kita perlu menunggu pengumuman rasmi. Namun, kami merasakan ia akan diumumkan tidak lama lagi.
The Outer Worlds akan diterbitkan oleh syarikat di bawah Take-Two iaitu Private Division untuk Playstation 4, Xbox One dan PC.