Januari lepas, Square-Enix mengumumkan bahawa mereka akan membawa dua permainan Final Fantasy iaitu Final Fantasy X/X-2 HD Remaster dan Final Fantasy XIII The Zodiac Age ke konsol Switch dan Xbox One.
Kini, Square-Enix akhirnya mengumumkan bahawa kedua-dua permainan tersebut sudah boleh dipra-tempah.
Final Fantasy XII The Zodiac Age merupakan permainan pernambah-baikkan yang mana ianya sebelum ini telah pun dilancarkan di Playstation 4 dan PC. Melaluinya, Square-Enix mengolah semula dari segi grafik dan juga menambah sebilangan kandungan tambahan seperti bentuk latihan baru dan mod New Game+ baharu.

Selain itu, bersempena dengan pelancarannya, bagi edisi fizikal Square-Enix akan melancarkan bersama karya kotak baharu khas yang boleh diterbalikkan.

Tambahan itu, Isamu Kamikokuryo iaitu pelukis untuk siri Final Fantasy tersebut juga menghasilkan satu karya baharu khas sempena pengumuman ini yang mana anda boleh lihatnya di atas.
Bagi anda yang berminat, permainan tersebut sudah boleh dipra-tempah melalui laman rasmi Square-Enix dengan harga $49.99(~RM204) dan ianya akan dilancarkan secara global pada 30 April 2019 ini.
Selain itu, Square-Enix juga berkongsi satu video acah baharu untuk permainan Final Fantasy X/X-2 HD Remaster. Melaluinya, mereka memperlihatkan bentuk adegan dan permainan buat permainan tersebut dengan pelbagai watak seperti Yuna, Tidus dan sebagainya.
Final Fantasy X/X-2 HD Remaster untuk konsol Switch dan Xbox One akan dilancarkan pada 16 April 2019 ini dan pra-tempah buat permainan tersebut boleh dibuat melalui laman rasmi Square-Enix dengan harga bermula $49.99(~RM204).