Devotion merupakan permainan seram yang dikeluarkan oleh Red Candle Games iaitu pembangun dari Taiwan. Selepas beberapa hari dikeluarkan melalui Steam, permainan tersebut menerima kritikan terutama daripada pemain dari China selepas permainan tersebut mengandungi poster yang tertulis “Xi Jinping Winnie-the-Pooh yang bodoh”.

Namun, selepas kritikan tersebut pembangun mengeluarkan kenyataan di Steam dan mengatakan perkara tersebut disertakan di dalam permainan tersebut adalah satu kesilapan oleh pihak mereka.

Selain itu mereka juga kini menarik permainan tersebut daripada Steam dan membuang kesemua trailer yang dimuat naik. Menurut Red Candle Games, perkara tersebut dilakukan untuk menyelesaikan masalah teknikal yang terdapat di dalam permainan tersebut dan juga memeriksa kembali segala bahan seni yang terdapat di dalam permainan tersebut agar mereka dapat membuang kesemua yang tidak patut ada di dalam permainan.

Sebelum kontroversi tersebut, ramai yang mengatakan Devotion adalah satu permainan yang baik. Kami berharap mereka dapat menyelesaikan masalah tersebut dan memasarkan kembali permainan ini.

Sohor Kini