Skip to main content

GOG merupakan kedai dalam talian yang dimiliki oleh CD Projekt yang juga pemilik CD Projekt Red. Walaupun sudah beroperasi hampir 10 tahun, tampaknya ia tidak dapat bersaing dengan Steam dan juga kedai dalam talian baharu seperti Epic Games Store.

Berdasarkan laporan oleh Kotaku, GOG baru-baru ini telah membuang 10% pekerja ataupun lebih kurang 12 pekerja selepas proses penstrukturan semula operasi. Menurut GOG, walaupun mengesahkan mengenai pembuangan tersebut, akan tetapi penstrukturan semula itu juga memperlihatkan mereka kini memerlukan pekerja untuk beberapa bahagian dan buat masa ini terdapat 20 jawatan kosong.

Namun berdasarkan apa yang diperkatakan oleh seorang pekerja yang dibuang, GOG mengambil keputusan tersebut atas sebab kewangan. Beliau mengatakan yang jumlah pendapatan GOG tidak dapat menampung kos operasi kedai tersebut.

Thronebreaker iaitu permainan terbaru oleh CD Projekt Red sebelum ini dikeluarkan secara eksklusif untuk GOG akan tetapi turut hadir di Steam apabila tidak mendapat jualan yang baik. Kami mengucapkan takziah kepada semua yang terkesan.

Leave a Reply