Skip to main content

Blizzard hari ini akhirnya mengumumkan secara rasmi watak baharu untuk Overwatch iaitu Baptiste yang merupakan watak di dalam kelas Support.

Melalui video yang dikongsikan, jelas kelihatan Baptiste merupakan sebahagian daripada organisasi Talon iaitu pengganas di dalam dunia Overwatch.

Berdasarkan pengkongsian tersebut, beliau juga dikatakan merupakan “combat medic” bahkan ayat yang digunakan di dalam video anda harus memilih antara pembalut ataupun peluru.

Buat masa ini tiada pengesahan mengenai tarikh pengeluaran untuk watak ini.

Leave a Reply