Informasi Permainan Video Terkini
Rakaman Siri TV DC Universe Ditangguhkan, Termasuk Titans Musim Baru Dan Stargirl

Rakaman Siri TV DC Universe Ditangguhkan, Termasuk Titans Musim Baru Dan Stargirl

Diterbitkan pada Feb 25, 2019 oleh .

Siri TV DC Universe pertama adalah Titans musim pertama dan ia juga merupakan satu-satunya siri DC Universe yang boleh ditonton di Netflix. Peminat DC pasti menanti-nantikan musim kedua siri ini dan nampaknya, anda harus tunggu lebih lama lagi.

Laporan terkini mengatakan, rakaman buat Titans musim kedua ditangguhkan. Ia akan memulakan rakaman pada bulan April kelak. Rakaman ini tertangguh kerana ada beberapa watak yang masih belum ada pelakonnya. Tetapi, dalam musim kedua nanti – kita akan lihat kemunculan Deathstroke. Beliau adalah musuh Robin yang sama dengan siri animasi Teen Titans.

Berita lain, rakaman siri TV Stargirl yang turut berada dalam dunia DC Universe turut dilaporkan akan ditangguhkan. Pelakon-pelakon yang sepatutnya berada di Atlanta untuk rakaman, dilihat masih belu tiba. Salah satu sebab lain adalah, beberapa watak baru sahaja menerima pelakonnya hari ini. Turut kedengaran adalah, dua siri ini ditangguhkan kerana siri TV Doom Patrol menerima dua episod tambahan.

Setakat ini, yang memberi berita baik adalah rakaman siri TV Swamp Things yang kini sedang merakamkan episod keenam. Pendapat saya, Doom Patrol adalah siri TV DC terbaik setakat ini – dengan penangguhan berlaku, harap penerbit/pengarah dapat ilham untuk beri impak positif dalam siri-siri lain.


TIPS & ULASAN