Bandai Namco SEA hari ini mengumumkan bahawa hasil jualan Ace Combat 7: Skies Unknown yang baru sahaja dilancarkan Januari lepas mencapai hasil jualan sebanyak 500,000 salinan setakat ini buat pasaran Asia.

Ini sememangnya satu nilai yang sangat tinggi untuk pasaran Asia dan memandangkan ianya tidak dicampur dengan pasaran Amerika, kami percaya Ace Combat 7: Skies Unknown mendapat hasil jualan yang baik secara global.

Ace Combat 7: Skies Unknown telah pun dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan PC dan kami juga telah membuat ulasan penuh dimana anda boleh membacanya dibawah.

Sohor Kini