En Masse Entertainment minggu ini mengumumkan bahawa mereka akan membawa acara kolaborasi khas buat permainan TERA bersama permainan PUBG. Acara tersebut akan bermula pada 5 Mac 2019 sehingga 5 April 2019.
TERA merupakan permainan aksi atas-talian yang dilancarkan di PC, Playstation 4 dan Xbox One secara percuma. Melalui acara ini, pemain berupaya untuk mendapatkant sebilanga kostum dan barangan khas bertemakan PUBG.
Bagi anda yang berminat untuk menyertainya, anda perlu berperingkat 60 atau lebih tinggi. Melaluinya, pemain berupaya untuk melakukan misi dengan menewaskan beberapa musuh dan berupaya untuk mendapat ganjaran helmet.
Bagi anda yang berminat untuk mencuba permainan ini, anda boleh melayari laman rasmi TERA sekarang.