Lanjutan daripada pusingan kelayakan untul Mobile Legends Professional League MPL musim ketiga yang diumumkan oleh Moonton sebelum ini, pusingan liga buat musim tersebut kini diumumkan bakal bermula pada 1 Mac 2019 ini.

Lebih dari 1,000 pasukan sudah bertempur melalui pusingan kelayakan lepas dimana hanya empat pasukan sahaja yang berjaya mendapat tempat untuk pusingan kelayakkan tersebut iaitu pasukan dari Malaysia, ICON MY, Mysterious Assassin (MYA) dan Xpax X-Assins. Manakala pasukan dari Singapura pula iaitu NARA Esports bakal juga berjaya mendapat tempat dan bakal bertembung dengan enam pasukan yang diumumkan sebelum ini.
Ini sekaligus meletakkan 10 pasukan yang bakal bertanding iaitu:
- Team Reborn
- EVOS
- Flash Tyrants
- Bossskur Gaming
- Resurgence
- Bigetron SG
- Geek Fam
- ICON MY
- NARA Esports
- Xpax X-Asssins
- Mysterious Assassin (MYA)
Pusingan liga buat kejohanan tersebut bakal berlangsung 1 Mac 2019 sehingga 7 April 2019 di mana pemain perlu mengumpul mata berdasarkan kejayaan mereka. Setiap kali pasukan menjuarai dengan skor 2-0, mereka akan meperoleh 3 mata. Manakala pasukan yang menjuarai skor 2-1, mereka akan mendapat 2 mata dan pasukan yang kalah akan menerima 1 mata.
Dengan wang hadiah melebihi RM400,000, hanya 8 pasukan terbaik sahaja akan berpeluang ke pusingan akhir dan berpeluang untuk memenangi wang hadiah tersebut. Buat masa ini, tarikh pusingan akhir akan diumumkan kemudian.
Bagi anda yang berminat untuk menyertai kejohanan tersebut dan mengetahui pelbagai informasi lanjut berkenaannya, anda boleh melayari laman rasmi MPL musim ketiga dibawah.
[info] Layari: Mobile Legends Professional League (MPL) Musim Ke-3 [/info]