Informasi Permainan Video Terkini
Altered Carbon Musim Kedua Diumumkan – Video Acah Memperlihatkan Pelakon-Pelakon Baru

Altered Carbon Musim Kedua Diumumkan – Video Acah Memperlihatkan Pelakon-Pelakon Baru

Diterbitkan pada Feb 25, 2019 oleh .

Altered Carbon adalah siri TV Netflix yang mula disiarkan pada tahun lepas. Siri TV ini adalah berdasarkan anime yang dipena oleh Dai Sato yang turut terkenal dengan siri Cowboy Bebop dan Samurai Champloo. Bagi yang tidak tahu bagaimana cerita Altered Carbon, ia mempunyai latar masa di masa hadapan di mana manusia boleh dilahirkan semula dalam Android seperti Blade Runner atau Alita Battle Angel.

Kini setahun berlalu, sudah tiba masanya untuk musim kedua Altered Carbon. Untuk itu, Netflix telah menerbit video acah yang memperlihatkan pelakon-pelakon baru buat musim baru ini. Selain itu, video ini turut mengumumkan musim kedua Altered Carbon telah memulakan rakaman.

Pelakon-pelakon baru yang kita lihat dalam musim kedua siri TV ini adalah; Anthony Mackie (Falcon dalam Avengers) sebagai Takeshi Kovacs yang sebelum ini dipegang oleh Joel Kinnaman. Seterusnya adalah Simone Missesk sebagai Trepp yang dikatakan adalah pemburu terhebat, Dina Shihabi sebagai sebagai Dig 301 dan banyak lagi. Tiada tarikh siaran diumumkan, tetapi jika ada pengumuman tarikh kelak – nantikan laporan kami di Aksiz.


TIPS & ULASAN