Skip to main content

Animasi The Lion King ditayangkan pada tahun 1994, kini selepas 24 tahun Disney hadir dengan filem olahan semula dalam bentuk aksi nyata. Bayangkan, setiap detik-detik menarik dalam The Lion King kelak boleh ditonton semula dalam bentuk aksi nyata.

Sempena anugerah Oscar, Disney telah berkongsi poster baru buat filem ini. Poster ini turut memperlihatkan tarikh tayangannya. The Lion King akan ditayangkan pada 19 Julai 2019. Menarik dengan filem ini, suara Mufasa masih kekal sama iaitu James Earl Jones – yang turut terkenal dengan suara Darth Vader.

Tetapi, filem ini menimbulkan persoalan orang ramai – jika filem aksi nyata, adakah ia menggunakan haiwan-haiwan sebenar? Semestinya tidak, aksi nyata dalam filem The Lion King ini adalah, filem ini diolah semula untuk kelihatan realistik dan seakan haiwan sebenar. Sama-sama kita nantikan.

Leave a Reply