Informasi Permainan Video Terkini
Dragalia Lost Mencatat Pendapatan RM305 Juta Setakat Ini – Mengatasi Super Mario Run Dan Animal Crossing

Dragalia Lost Mencatat Pendapatan RM305 Juta Setakat Ini – Mengatasi Super Mario Run Dan Animal Crossing

Diterbitkan pada Feb 25, 2019 oleh .

Dragalia Lost pada awal pengeluaran menjana pendapatan yang agak perlahan apabila ketinggalan jika dibandingkan dengan permainan mudah alih keluaran Nintendo yang lain seperti Fire Emblem Heroes, Super Marion Run dan Animal Crossing.

Namun, berdasarkan anggaran oleh Sensor Tower, sejak dikeluarkan pada tahun lepas, ia kini mencatat pendapatan sebanyak $75 juta(~RM305 juta) mengatasi jumlah keseluruhan yang dicatatkan oleh Super Mario Run iaitu RM279 juta dan Animal Crossing RM288 juta.

Walaupun bermula dengan perlahan, tampakanya Dragalia Lost untuk jangka masa panjang akan lebih menguntungkan berbanding dua permainan tersebut.


TIPS & ULASAN