Informasi Permainan Video Terkini
Watak DLC Negan Dari The Walking Dead Dan Julia Bakal Tiba Di Tekken 7 Minggu Ini
PC

Watak DLC Negan Dari The Walking Dead Dan Julia Bakal Tiba Di Tekken 7 Minggu Ini

Diterbitkan pada Feb 25, 2019 oleh .

Sebelum ini, Bandai Namco mengumumkan bahawa mereka akan membawa watak DLC musim kedua buat permainan perlawanan Tekken 7 yang mana mereka menyertakan watak dari siri TV, The Walking Dead iaitu Negan dan watak baharu, Julia Chang.

Hari ini, Bandai Namco tarikh pelancaran untuk kedua-dua watak tersebut iaitu pada 28 Februari 2019 melalui DLC dimana anda boleh membelinya secara berasingan ataupun mendapatkannya melalui pas musim dengan harga bermula RM89.

Melalui watak Julia, pemain berupaya untuk bermain sebagai seorang ‘streamer‘. Manakala watak Negan pula merupakan watak daripada TV siri The Walking Dead dimana beliau mempunyai senjata ikonik kayu besbol dari siri TV tersebut.

Tekken 7 adalah permainan perlawanan yang dilancarkan oleh Bandai Namco tahun lepas di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.


TIPS & ULASAN