Informasi Permainan Video Terkini
HBO Hadir Dengan Beberapa Video Acah Siri Watchmen Melalui Instagram

HBO Hadir Dengan Beberapa Video Acah Siri Watchmen Melalui Instagram

Diterbitkan pada Feb 25, 2019 oleh .

Siri televisyen Watchmen akan diterbitkan oleh HBO selepas 10 tahun sejak filem arahan Zack Snyder ditayangkan pada tahun 2009. Watchmen adalah siri komik yang diterbit oleh DC Comics pada tahun 1986 sehingga 1987. Pada acara Golden Globes Januari lepas, HBO telah menerbit video acah yang memperlihatkan Rorschach.

View this post on Instagram

@iamreginaking

A post shared by Watchmen (@watchmen) on

Kini, sebulan telah berlalu dan HBO telah hadir dengan beberapa video acah baru yang diterbit di akaun Instagram Watchmen. Terdapat tiga video acah yang diterbitkan dan kesemua video acah ini penuh dengan misteri kerana hanya beberapa saat sahaja dan tidak memberi apa-apa makna.

Apa yang diperoleh dari video acah ini adalah; 1) Watak Regina King sebagai Angela Abar yang kelihatan takut/terkejut, 2) Watak
Jeremy Irons yang disahkan melakonkan watak Ozymandias dengan kek hari jadi dan 3) Individu dengan jaket berhud berjalan ke arah tempat parkir kereta.

Itu sahaja informasi yang HBO kongsikan, tiada tarikh, tiada sinopsis dan tiada maklumat lanjut. Sama-sama kita nantikan kelak.


TIPS & ULASAN