Informasi Permainan Video Terkini
Ubisoft Berkongsi Lanjut Mengenai Sistem Clans Di Dalam The Division 2
PC

Ubisoft Berkongsi Lanjut Mengenai Sistem Clans Di Dalam The Division 2

Diterbitkan pada Feb 25, 2019 oleh .

The Divsion 2 walaupun boleh dimainkan secara solo, akan tetapi untuk mendapat pengalaman penuh di dalam permainan ini, bermain secara multi-pemain adalah cara terbaik.

Tambahan, melalui The Division 2, Ubisoft juga menyertakan sistem Clan, melaluinya pemain boleh mencipta kumpulan bersama dengan rakan dan juga bersama dengan pemain lain. Melalui penulisan di laman rasmi mereka, Ubisoft berkongsi lanjut mengenai sistem tersebut.

Sistem tersebut akan membolehkan pemain untuk mencipta atau menyertai clan yang boleh terdiri daripada 50 akaun (1 akaun boleh mempunyai 4 watak). Fungsi membuka clan ataupun menyertai clan akan diperoleh selepas pemain melalui penceritaan permainan ini.

Jika anda lebih berminat untuk menyertai clan yang sudah terbina, anda boleh mencari clan berdasarkan ciri-ciri tertentu mengikut pilihan anda seperti berdasarkan aktiviti, masa bermain, bahasa dan benua.

Manakala bagi pemain yang ingin membina clan sendiri, anda boleh memilih untuk menjadikan clan anda terbuka, jemputan sahaja ataupun tertutup. Setiap clan juga akan mempunyai 4 rank iaitu Commander, Lieutenant, Agent dan Recruit.

Menariknya, setiap aktiviti ataupun misi yang dilakukan oleh pemain yang berada di dalam clan anda akan menyumbangkan Clan Experience Point (CXP) kepada clan. CXP akan meningkatkan tahap untuk clan yang akan memberikan pelbagai kelebihan kepada semua ahli.

Sistem clan ini sudah semestinya sesuatu yang menjadikan permainan ini lebih menarik. The Division 2 akan dikeluarkan pada 15 Mac 2019 untuk Playstation 4, Xbox One dan PC.


TIPS & ULASAN