Informasi Permainan Video Terkini
Oscar: Spider-Man Into The Spider-Verse, Animasi Terbaik Dan Black Panther, Kostum Dan Muzik Terbaik

Oscar: Spider-Man Into The Spider-Verse, Animasi Terbaik Dan Black Panther, Kostum Dan Muzik Terbaik

Diterbitkan pada Feb 25, 2019 oleh .

Hari ini, acara Oscar telah diadakan. Banyak filem, pelakon, pengarah, OST yang dicalonkan. Terdapat beberapa pemenang yang tidak kami jangkakan dan da juga filem yang menang tidak pernah kami dengar.

Tetapi, fokus kami di Aksiz untuk bahagian filem, animasi, atau siri TV adalah kategori budaya pop dan terdapat tiga anugerah dalam kategori ini telah menang. Dua filem budaya pop ini adalah, Spider-Man Into The Spider-Verse dan Black Panther.

Black Panther telah memenangi dua anugerah; anugerah pertama adalah OST terbaik dan Ludwig Goransson adalah komposer yang bertanggungjawab untuk OST filem Black Panther. Kedua adalah, rekaan kostum terbaik. Kostum-kostum dalam Black Panther tidak dinafikan adalah unik dan lain daripada yang lain. Individu yang bertanggungjawab adalah Ruth E. Carter

Spider-Man Into The Spider-Verse telah memenangi, anugerah animasi terbaik. Sebelum ini, acara Golden Globe – Spider-Man Into The Spider-Verse telah pun menang animasi terbaik. Dengan anugerah Oscar yang dimenangi ini, filem ini telah memenangi dua anugerah animasi terbaik.


TIPS & ULASAN