Skip to main content

Pelakon suara walaupun mereka menghidupkan sesuatu watak tetapi mereka tidak terlibat di dalam pembangunan serta tidak bertanggungjawab mengenai watak tersebut di dalam permainan.

Tampaknya, tidak semua memahami perkara tersebut. Melalui kicauan di akaun Twitter peribadi beliau, pelakon suara Brigitte Matilda Smedius daripada permainan menembak dalam talian Overwatch, berkongsi mesej yang diterima oleh beliau daripada pemain yang mengkritik watak tersebut.

Di dalam kicauan tersebut, beliau juga mengatakan walaupun pemain mempunyai hak untuk mengkritik sebarang watak, akan tetapi beliau meminta pemain untuk menyatakan kritikan tersebut kepada pembangun dan bukan kepada pelakon suara.

Beliau juga meminta maaf kerana berkongsi perkara ini secara terbuka, kerana beliau ingin memfokuskan kepada sesuatu yang positif, namun, beliau tidak faham mengapa pemain melakukannya.

Sikap sesetengah pemain seperti ini adalah satu bahagian yang tidak sihat di dalam dunia permainan video, walaupun anda mempunyai hak untuk menyatakan kritikan, pastikan anda menyatakan kepada pihak yang betul dan bukan kepada pihak yang tidak berkait.

Leave a Reply