Fortnite musim ke-7 bakal berakhir hujung bulan ini dan musim ke-8 akan bermula selepas itu. Hari ini, Epic Games akhirnya mengacah musim baharu tersebut dan berdasarkan apa yang diperlihatkan ia akan bertemakan lanun.

Berdasarkan kicauan di Twitter, Epic Games memperlihatkan gambar cangkuk tangan iaitu sesuatu yang sering dikaitkan dengan Lanun selain menulis ‘X’ mark the spot yang juga bagaimana lanun menanda harta karun.

Bagi musim ke-8 ini, pemain berpeluang untuk mendapatkan Battle Pass secara percuma (tanpa memerlukan V-Bucks) dengan hanya menyelesaikan Overtime Challenge. Tawaran tersebut hanya terhad sehingga 27 Februari sahaja jangan terlepas peluang untuk mendapatkan Battle Pass percuma.

Sohor Kini