Seperti kita sedia maklum, Microsoft mempunyai Project xCloud yang membolehkan penstriman permainan ke pelbagai platform seperti konsol dan peranti pintar.

Berdasarkan laporan oleh Direct-Feed Games, Microsoft bakal membawa perkhidmatan Xbox Games Pass iaitu perkhidmatan seakan Netflix tetapi untuk permainan video yang membolehkan pemain bermain pelbagai permainan dengan bayaran bulanan.

Pengguna di Xbox boleh memuat turun permainan tersebut untuk dimainkan akan tetapi untuk Switch, permainan hanya boleh dimainkan secara strim melainkan permainan tersebut turut dikeluarkan untuk konsol hibrid tersebut.

Ini adalah satu kemungkinan yang sangat menarik, dengan menyediakan Xbox Game Pass ke konsol lain, Microsoft boleh mendapat keuntungan melalui bayaran langganan untuk perkhidmatan tersebut. Microsoft sebelum ini juga bakal membawa Xbox Game Live ke konsol Switch dan telefon pintar.

Adakah ia akan memberi kesan kepada konsol mereka Xbox? Mungkin, tetpai Xbox masih mempunyai kelebihan kerana permainan-permainan di dalam Xbox Game Pass tidak terhad kepada penstriman sahaja.

Sohor Kini