Skip to main content

Tahukah anda, walaupun filem The Angry Birds Movie yang ditayangkan pada tahun 2016 bukanlah filem animasi yang baik – kutipan $352 Juta filem ini adalah pendapat utama buat Rovio buat tahun itu. Kemudian, tahun lepas – Rovio dan Sony mengumumkan sekuel buat filem ini akan tiba pada penghujung tahun ini.

Hari ini, video acah buat sekuel The Angry Birds Movie – The Angry Birds Movie 2 akhirnya telah tiba. Video acah ini mempunyai muzik latar daripada Vanilla Ice dan ia memperlihatkan spesis burung baru yang tinggal di pulau ‘ais’. Ini kerana, kesemua benda di pulau tersebut termasuk makanan – sejuk beku.

Elemen-elemen komedi turut kelihatan dan Zeta (spesis burung baru lakonan suara Leslie Jones) dilihat serik dengan pulau yang sejuk beku dan ingin rasakan haba. Kehadiran beliau di pulau Angry Birds membuatkan penduduk sana terkejut. Filem ini akan ditayangkan pada 16 Ogos 2019, ia adalah sedikit awal dari laporan tahun lepas

Leave a Reply