Selepas berakhirnya tawaran percuma untuk Axiom Verge, kini Epic Games Store menawarkan Thumbleweed Park pula sebagai permainan percuma bermula sekarang sehingga 7 Mac 2019.

Thimbleweed Park merupakan permainan pengembaraan point-and-click yang dibangunkan oleh Terrible Toybox. Ia sudah dikeluarkan pada tahun 2017 untuk Playstation 4, Switch, PC dan juga sebagai permainan mudah alih.

Selain itu, Epic Games Store juga mengumumkan permainan seterusnya yang akan diberikan percuma adalah Slime Rancher yang boleh didapati bermula 7 Mac selepas tawaran Thimbleweed Park berakhir sehingga 21 Mac 2019.

Epic Games Store: Thimbleweed Park


Sohor Kini