Permulaan permainan Pokemon GO, pemain perlu memilih pasukan yang ingin disertai iaitu di antara Team Mystic, Team Valor, ataupun Team Instinct. Selepas memilih, pemain akan terus kekal di dalam pasukan tersebut.
Minggu ini, The Pokemon Company mengumumkan yang pemain kini boleh menukar pasukan dengan menggunakan Team Medallion yang boleh dibeli di kedai di dalam permainan tersebut. Ia akan dijual dengan harga 1 ribu PokeCoins yang diperoleh dengan bermain ataupun membelinya dengan wang ringgit.
Pemain hanya boleh membeli sekali dalam masa setahun oleh itu walaupun anda mempunyai banyak PokeCoins anda tidak boleh menukar pasukan sesuka hati. Adakah penambahan ini bagus untuk anda?