Informasi Permainan Video Terkini
Space Jam 2 Bakal Ditayangkan Pada 16 Julai 2021

Space Jam 2 Bakal Ditayangkan Pada 16 Julai 2021

Diterbitkan pada Feb 22, 2019 oleh .

Space Jam merupakan siri animasi yang digabungkan dengan aksi nyata berdasarkan bola keranjang. Filem pertama yang dibintangi Michael Jordan dan Bugs Bunny dikeluarkan pada tahun 1996.

23 tahun kemudian, Lebron James iaitu pemain terkenal NBA yang dikatakan sebagai Michael Jordan untuk generasi sekarang bakal mengambil tempat beliau di dalam Space Jam 2. Beliau sebelum ini mengatakan perfileman Space Jam 2 akan bermula suku ketiga tahun ini.

Spring Hill Entertainment kemudian mengumumkan yang Space Jam 2 akan ditayangkan pada 16 Julai 2021. Bagi yang lahir 80-an dan 90-an Space Jam sudah semestinya sesuatu yang biasa.


TIPS & ULASAN