Epic Games hari ini mengumumkan permainan pertempuran royale mereka iaitu Fornite mencatat jumlah pemain serentak tertinggi di luar acara iaitu 7.6 juta pemain pada 16 Februari 2019 lepas.
Fortnite sebelum ini dilaporkan mencecah 8.3 juta pemain serentak, namun jumlah tersebut adalah semasa acara khas sedang berlangsung. Namun, rekod tersebut juga dipecahkan apabila acara konsert Marshmello di dalam permainan tersebut mencatat 10.7 juta pemain serentak.
Kedudukan Fortnite sebagai ‘raja’ untuk permainan pertempuran royale mula tercabar apabila hadirnya Apex Legends yang mendapat 10 juta pemain dalam masa 3 hari sahaja, jumlah yang Fortnite memerlukan beberapa minggu.
Dengan pengumuman ini, adakah kedudukan Fortnite tidak sangat terkesan ataupun ia sekadar sementara sahaja?