Skip to main content

Reggie Fils-Aime merupakan nama yang cukup dikenali oleh pemain-pemain serta dunia, beliau boleh dikatakan sebagai individu di dalam industri permainan video yang menjadi kesukaan ramai walaupun untuk pemain yang tidak memiliki konsol Nintendo.

Selepas 15 tahun bekerja di Nintendo of America, beliau mengumumkan persaraan iaitu pada 15 April kelak. Beliau akan digantikan oleh Doug Bowser yang merupakan naib presiden penjualan dan pemasaran untuk Nintendo of America.

Reggie memulakan karier beliau bersama Nintendo of America pada tahun 2003 sebagai naib presiden untuk penjualan dan pemasaran sebelum menjadi presiden 3 tahun kemudian. Sepanjang kepimpinan beliau, Nintendo, beliau sering dikenali ramai kerana mempunyai personaliti yang disukai ramai, selain mengembangkan kehadiran Nintendo di Amerika Syarikat.

Di video pengumuman beliau, Reggie mengatakan walaupun 15 April ini beliau tidak lagi mempunyai jawatan sebagai presiden, akan tetapi beliau akan terus memegang satu jawatan yang lebih penting iaitu ‘peminat Nintendo’.

Leave a Reply