Informasi Permainan Video Terkini
Nendoroid Kini Hadir Dengan Figura Aksi ‘The Lone Survivor’ Dari PUBG

Nendoroid Kini Hadir Dengan Figura Aksi ‘The Lone Survivor’ Dari PUBG

Diterbitkan pada Feb 21, 2019 oleh .

Nendoroid adalah jenama yang terkenal dalam menghasilkan figura aksi. Banyak figura aksi berdasarkan watak-watak terkenal dari permainan, komik atau filem yang pernah dihasilkan.

Kini, Nendoroid hadir dengan figura aksi ‘The Lone Survivor‘ dari PUBG. Kalau anda bermain PUBG, anda pasti kenal dengan watak lelaki berkemeja putih, seluar hitam dan memakai helmet kimpalan. Figura aksi ini turut didatangkan bersama-sama dengan senjata AK dan M9. Disebabkan ia adalah figura aksi; helmet, tangan dan kepala boleh diubah posisinya untuk membuat aksi unik untuk dipamerkan.

Nendoroid PUBG ini mempunyai ketinggian 100mm dan diperbuat dari bahan plastik ABS dan PVC. Ia dijual pada harga ¥4,815, iaitu sekitar RM177 sahaja.


TIPS & ULASAN