Skip to main content

Playstation 4 boleh dikatakan menerima pelbagai permainan eksklusif yang menjadikan ia satu konsol pilihan ramai berbanding konsol-konsol lain. Namun, melalui temubual bersama Business Insider, Shawn Layden iaitu pengerusi SIE Worldwide Studios mengatakan mereka masih ketinggalan dari segi permainan multi-pemain.

Walaupun beliau gembira dengan apa yang telah dihasilkan oleh Studio di bawah Sony, yang mengeluarkan permainan seperti God of War, Spider-Man dan akan datang Days Gone, tetapi beliau juga ingin mereka untuk lebih melibatkan diri di dalam permainan multi-pemain.

Apabila ditanya adakah beliau bercakap mengenai koperasi setempat, Shawn Layden mengatakan, walaupun ia satu genre yang perlu diperbanyakkan lagi, akan tetapi apa yang dimaksudkan oleh beliau adalah permainan seperti GTA Online, Call of Duty dan Fortnite.

Beliau juga mengatakan, pemain akan mendengar lebih banyak mengenai permainan multi-pemain daripada mereka di masa hadapan. Adakah Sony akan mengeluarkan permainan pertempuran royale yang esklusif untuk PlayStation?

Leave a Reply