Skip to main content

One Piece: World Seeker adalah permainan aksi pengembaraan dunia terbuka berdasarkan siri One Piece. Setakat ini, berdasarkan beberapa video acah yang diperlihatkan, kami tidak sabar untuk mencubanya.

Minggu ini, Bandai Namco berkongsi satu lagi video acah yang memperkenalkan sistem karma yang akan disertakan di dalam permainan ini. Melalui sistem ini, pemain boleh membina hubungan dengan watak-watak lain.

Pemain boleh meningkatkan hubungan dengan watak tertentu dengan membantu watak tersebut. Perhubungan yang baik akan membolehkan Luffy untuk mendapat pelbagai misi lain serta bonus.

One Piece: World Seeker akan dikeluarkan pada 15 Mac 2019 untuk Playstation 4, Xbox One dan PC. Bandai Namco juga sebelum ini mengumumkan edisi terhad untuk permainan tersebut yang menyertakan figura eksklusif khas Luffy

Leave a Reply