Fortnite sering menyertakan pelbagai alatan pelik, kali ini mereka menyertakan papan luncur yang digelar sebagai Driftboard. Selain nampak lebih cool, driftboard akan membantu pemain untuk bergerak dengan mudah termasuk ke udara.
Selain itu, mod masa terhad Driftin’ juga disertakan, melalui mod ini, pemain akan lebih mudah untuk mendapatkan Driftboard melalui Red Supply Drop yang akan juga menyertakan senjata dan peluru. Kotak senjata dan peluru biasa akan tidak disertakan di dalam mod ini.
Jika anda bosan menembak, mod masa terhad Catch! juga disertakan. Melaluinya pemain hanya boleh menggunakan senjata yang boleh dibaling sahaja seperti bom dan senjata biasa tidak akan disertakan. Ia sudah semestinya menghasilkan pertempuran yang lebih menarik.
Kesemua ini akan disertakan melalui kemaskini 7.40 yang sepatutnya sudah tiba.