Skip to main content

Pada awal bulan ini, Microsoft telah mengumumkan 6 permainan akan disertakan di dalam Xbox Game Pass iaitu perkhidmatan langganan khas oleh Microsoft. Melaluinya pemain boleh melanggan seakan Netflix dan bermain sebilangan permainan-permainan yang tersenarai di Xbox One.

Hari ini, mereka mengumumkan 5 lagi permainan akan menyertai perkhidmatan tersebut sebelum berakhirnya bulan ini. Permainan-permainan tersebut adalah;

  • Batman: Return to Arkham (21 Februari)
  • Headlander (21 Februari)
  • Disney Epic Mickey 2: The Power of Two (21 Februari)
  • The Walking Dead: Season Two (28 Februari)
  • Alien: Isolation (28 Februari)

Xbox Game Pass buat masa ini adalah perkhidmatan eksklusif untuk konsol Xbox One dan harga langganan bermula $9.99(~RM41) untuk sebulan. Bagi anda yang berminat, anda boleh melayari laman rasmi Xbox Game Pass untuk informasi lanjut.

Leave a Reply