NZXT Mengeluarkan Rangka PC Bertemakan Overwatch

NZXT sebelum ini mengeluarkan rangka PC berdasarkan PUBG yang dijual secara terhad, kali ini mereka akan mengeluarkan pula rangka PC berdasarkan Overwatch. Kemungkinan bersempena bermulanya musim kedua Overwatch League.

Mereka akan menggunakan rangka PC model H500 iaitu antara rangka paling popular kerana harganya yang berpatutan. Dari segi rekaan, ia mempunyai rekaan yang ringkas, logo Overwatch diletakkan di bahagian depan (berlampu) serta tepi. Di dalam terdapat satu rangka yang diwarnakan kuning.

Rangka PC ini akan dijual dengan harga $149.99(~RM610) iaitu lebih kurang RM300 lebih mahal berbanding harga rangka PC H500 yang biasa.

Sohor Kini