Informasi Permainan Video Terkini
Shadow of the Tomb Raider Terjual Sebanyak 4.12 Juta Unit Pada Tahun 2018
PC

Shadow of the Tomb Raider Terjual Sebanyak 4.12 Juta Unit Pada Tahun 2018

Diterbitkan pada Feb 20, 2019 oleh .

Shadow of the Tomb Raider dikeluarkan pada 14 September 2018 dan Square Enix semasa laporan kewangan mereka mengumumkan permainan tersebut terjual sebanyak 4.12 juta unit sepanjang 2018 iaitu lebih kurang 3 bulan dikeluarkan.

Menurut presiden Square Enix Yosuke Matsuda, permainan tersebut bermula dengan perlahan dan mungkin menjadi penyebab mengapa permainan tersebut menerima potongan harga seawal seminggu selepas dikeluarkan.

Selain itu beliau juga mengatakan Just Cause 4 dan Dragon Quest Builder 2 juga tidak terjual sebaik seperti yang dijangkakan. Namun, beliau masih berharap jualan akan terus meningkat pada tahun ini.

Bacaan Lanjut: Ulasan Shadow of the Tomb Raider – Bentuk Permainan Yang Menarik Terganggu Dengan Prestasi Permainan


TIPS & ULASAN