Informasi Permainan Video Terkini
Apex Legends Memberikan Kostum Dan 5 Apex Packs Untuk Pelanggan Twitch Prime
PC

Apex Legends Memberikan Kostum Dan 5 Apex Packs Untuk Pelanggan Twitch Prime

Diterbitkan pada Feb 20, 2019 oleh .

Sesuatu yang menjadi penarik utama untuk Twitch Prime adalah pelanggan servis tersebut sering mendapat kostum dan barangan untuk PUBG. Tampaknya kini, Twitch juga menyertakan permainan pertempuran royale baharu iaitu Apex Legends.

Hari ini, Apex Legends mengumumkan pelanggan Twitch Prime akan mendapat kostum Omega Point Pathfinder serta 5 Apex Packs iaitu kotak tikam untuk permainan ini.

Bagi pelanggan, anda hanya perlu menyambung akaun EA yang digunakan untuk permainan tersebut dengan akaun Twitch anda menggunakan pautan ini.

Anda boleh melanggani Twitch Prime dengan harga $5.99 (RM23) sebulan akan tetapi untuk 6 bulan pertama langganan akan berharga $2.99 (RM11) sebulan menggunakan pautan ini. Melalui Twitch Prime, pelanggan akan mendapat langganan untuk satu channel percuma setiap bulan di Twitch. Selain itu pelanggan juga dapat melayari Prime Video iaitu perkhidmatan seakan Netflix yang disediakan oleh Amazon.


TIPS & ULASAN