Informasi Permainan Video Terkini
Video Acah Cloak & Dagger Musim Kedua Kini Tiba – Tyrone Dan Tandy Kini Lebih Berkuasa

Video Acah Cloak & Dagger Musim Kedua Kini Tiba – Tyrone Dan Tandy Kini Lebih Berkuasa

Diterbitkan pada Feb 20, 2019 oleh .

Cloak & Dagger adalah siri TV Marvel daripada Freeform TV. Ia mengisahkan Tyrone dan Tandy yang mempunyai kuasa hebat, Tyrone kuasa bayang-bayang dan Tandy kuasa cahaya. Musim pertama sudah pun tamat pada tahun lepas dan pada episod akhir, Detective O’Reilly yang membantu Tyrone dan Tandy dilihat terjatuh dalam tasik dan memberi petanda yang beliau adalah Mayhem.

Hari ini, video acah buat musim kedua telah tiba. Dalam video acah ini, Tyrone dan Tandy dilihat lebih berkuasa dengan kemampuan mengawal kuasa mereka dengan lebih baik dan lancar. Turut kelihatan mereka beraksi menentang penjahat seperti pengedar dadah, penyeludupan manusia dan menentang Mayhem.

Ya, Mayhem dilihat ingin membalas dendam kepada penjahat-penjahat. Tetapi dengan cara dan kuasa beliau yang ganas. Jadi, Tyrone dan Tandy terpaksa menentang Mayhem. Keluarga Tyrone juga dilihat terancam dan banyak lagi perkara yang bakal berlaku dalam Cloak & Dagger musim kedua. Siri TV Marvel ini akan disiarkan melalui Freeform TV bermula 4 April kelak.


TIPS & ULASAN