Red Hook Studios hari ini mengumumkan yang mereka sedang membangun permainan seterusnya buat siri Darkest Dungeon iaitu Darkest Dungeon 2. Darkest Dungeon adalah permainan RPG yang dikeluarkan pada tahun 2016.
Permainan ini menerima sambutan yang baik serta juga mendapat kritikan kerana kesukaran dan juga mekanik permainan yang bergantung kepada nasib. Selain berkongsi melalui video, mereka tidak mengumumkan sebarang informasi lanjut mengenai permainan tersebut.
Menurut laporan PC Gamer, seperti Darkest Dungeon, permainan ini juga akan tiba secara akses awal terlebih dahulu namun, tiada tarikh pengeluaran yang dinyatakan.