Skip to main content

Seperti yang kami laporkan pada bulan lepas, Square Enix mengumumkan bakal mempertontonkan prologue dalam bentuk anime untuk DLC Final Fantasy XV, Episode Ardyn.

Hari ini, anime tersebut kini boleh ditonton secara percuma di Youtube. Anime tersebut memperlihatkan kisah silam Ardyn sebelum beliau menjadi watak yang kita kenali dalam Final Fantasy XV. Saya nasihatkan anda sediakan tisu.

Selain itu, Square Enix juga akhirnya mengumumkan tarikh pengeluaran untuk DLC tersebut iaitu 26 Mac ini. Ia akan menjadi DLC terakhir untuk permainan ini selepas 3 lagi DLC dibatalkan. Pada awal hari ini, kami juga melaporkan DLC-DLC tersebut akan dijadikan sebagai satu novel.

Walapun ramai pemain merasakan permainan ini menerima terlalu banyak kandungan tambahan berbanding kandungan yang tersedia, akan tetapi saya berpendapat DLC Episode Ardyn ini akan menjadi penambahan yang penting.

Leave a Reply