Informasi Permainan Video Terkini
Call of Duty Black Ops 4 Musim Baharu Bermula Esok Untuk PS4 – Operation Grand Heist
PC

Call of Duty Black Ops 4 Musim Baharu Bermula Esok Untuk PS4 – Operation Grand Heist

Diterbitkan pada Feb 19, 2019 oleh .

Treyach mengumumkan musim baharu untuk Call of Duty Black Ops 4 akan bermula esok untuk Playstation 4. Manakala untuk Xbox One dan PC akan tiba kemudian. Musim baharu ini berjudul Operation Grand Heist yang membawa pelbagai penambahan kandungan untuk setiap mod di dalam permainan ini.

Musim baharu ini akan berlangsung sehingga April. Berikut adalah antara penambahan yang akan disertakan. Bagi mod multi-pemain, menyertakan kelas (specialist) baharu iaitu Outrider. Kelas ini pakar dalam pertempuran secara menyelinap dengan mempunyai dron serta panah sebagai senjata utama.

Manakala mod pertempuran royale iaitu Blackout akan menerima kawasan baharu iaitu Ghost Town. Selain itu Blackout juga akan menerima mod baharu iaitu Hot Pursuit yang melibatkan kereta.

Mod Zombie akan menerima gauntlet baharu iaitu “Death-con-five”. Maklumat penuh untuk musim baharu ini boleh dibaca melalui penulisan di blog rasmi mereka.


TIPS & ULASAN