Informasi Permainan Video Terkini
The Division 2 Menerima Video Acah Aksi Nyata
PC

The Division 2 Menerima Video Acah Aksi Nyata

Diterbitkan pada Feb 19, 2019 oleh .

Sudah menjadi ikutan sekarang, permainan menerima video acah dalam bentuk aksi nyata. Sebelum ini Square Enix menghasilkan video acah aksi nyata untuk Life is Strange 2 dan Capcom pula untuk Resident Evil 2.

Hari ini giliran Ubisoft pula berkongsi video acah aksi nyata untuk permainan mereka iaitu The Division 2. Di dalam video tersebut ia memperlihatkan seorang watak yang mengenang kisah silam melalui satu lukisan kanak-kanak.

Video tersebut juga mengingatkan beta terbuka unutk The Division 2
bermula pada 1 Mac dan akan berakhir pada 4 Mac 2019. The Division 2 akan dikeluarkan pada 15 Mac 2019 untuk Playstation 4, Xbox One dan PC.


TIPS & ULASAN